My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Perut oh Perut~~
Friday, 6 April 2012 | 0 comments


Assalamualaikum dan selamat malam.Ujian segak~~menyeronokkan atau tidak??Pada aku yang bersifat keanak-anakkan mestilah menyeronokkan sebab boleh main dan merayau-rayau sementara yang lain tengah buat ujian segak.Tapi,part yang paling aku benci ialah TIMBANG BERAT!!Baru berapa bulan aku punya timbang berat 47kg(suka sangat>///<) Lepastu,hari Rabu yang lepas berat aku naik 4KG!!Aku rasa penimbang sekolah rosak agaknya.Tension,tension.. Aku pun berazam untuk berdiet dan jaga pemakanan aku.Malangnya,nafsu aku kat makanan tidak boleh dilawan.Hu~~Hu~~Sedihnya~~Sebelum makan aku tak ingat dunia.Makan selagi boleh.Mak aku pernah marah kat aku.Tak baik kalau makan terlalu mengikut nafsu.Memang patut pun aku kena marah dengan Ibu sebab tengahari tadi dekat sekolah baru makan Kueh Teow Goreng dengan air masak.Masih ok lagi.Sesudah aku sampai kat rumah,aku sambung makan 2 pinggan nasi dengan mi halus yang berlaukkan Tom Yam yang terlazat di dunia buatan Ibu yang tercinta^^ dan Tauhu Manis 2 mangkuk juga.Agaknya aku suka nombor genap kot..hehehe.Lepas aku sudah siap melakukan perkara yang wajib semua manusia buat iaitu makan,baru aku ingat dekat perut aku.(tengok perut aku..Ibu cakap"Perut kakak macam mak ada anak lima"sedih..sedih..) Waktu subjek Bahasa Inggeris,Cikgu Yong yang ajar aku.Kelas aku panggil dia Miss Young.Aku tengok perut Miss Young macam tak ada lemak.Slim sangat.Cemburunya...Padan muka aku,siapa suruh makan tak ingat dunia,inilah akibatnya.Aku mesti berusaha untuk mendapatkan badan yang ramping kalah G.Na atau Hyuna(gurau saja^^)Baiklah sampai di sini sahaja.Doakan supaya perut saya kempis balik.Hehehehe.....