My heart beats while I’m leaning on your shoulders

9 Jenis Syaitan
Monday, 30 April 2012 | 0 comments

 
(Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan topik :p)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari aku nak cerita fasal SYAITAN!!!Huhuhu...Kita sebagai manusia biasa,mesti ada buat dosa,betul tak,betul tak?Bohong kalau cakap tidak pernah.Jadi,hari ini,aku nak ceritakan 9 jenis syaitan seperti yang tertera di atas(title).Syaitan-syaitan yang telah berjaya menghasut mu selama ini.Wahh~(persis ISLAM ITU INDAH:P) "Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata,terdapat sembilan jenis anak syaitan yang mesti kita berwaspada agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan."Berikut adalah jenis-jenis anak syaitan:
  • Daasim-Duduk di pintu rumah.Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga(suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.)
  • Wathiin-Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah S.W.T.
  • Murraj-Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga melupakan Allah.Mereka ini tenggelam dalam keseronokkan dan dunia glamour.
  • Walahaan-Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
  • Haffah-Berkawan baik dengan kaki botol.Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.Contohnya: disko,kelab malam dan tempat yang ada minuman keras .
  • Lakhuus-Mrupakan sahabat da orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
  • Zalituun-Duduk di pasar,kedai supaya manusia hilang sifat berjimat-cermat.Menggoda suapaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
  • A'awan-Menghasut sultan,raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Dah habis baca??Jadi sampai sini sajalah.Tiba-tiba 'mood' nak menaip dah hilang.Hehehe~Sekian