My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Bahasa Jiwa Bangsa^^
Friday, 6 January 2012 | 0 comments


Reptir-de-ano2_large


Assalammualaikum dan selamat sejahtera para hadirin sekalian.Wahh!!Macam nak berceramah pula^^Mesti 'follower' M.B.B rasa pelik sebab hari ini M.B.B guna Bahasa Malaysia dgn ejaan yang penuh atau dikenali sebagai ayat skema. Tadi saya terjumpa link kakak ni yang telah menarik perhatian aku.Jadi,aku nak kongsi dengan kamu semua fasal bahasa kita.So,enjoy!!

Kali ini saya berbahasa Melayu kerana apa yang saya ingin sampaikan adalah mengenai Bahasa Melayu, bahasa rasmi negara kita. Saya bukanlah guru Bahasa Melayu yang bertauliah, namun asas penggunaan Bahasa Melayu telah saya pelajari sejak dibangku sekolah lagi.

Seringkali saya membaca blog atau taraf terkini Facebook yang menggunakan bahasa pesanan ringkas (atau SMS) seperti “Aq x suk dy dowh” atau yang seumpamanya. Contoh ayat yang saya berikan membawa maksud “Aku tak suka dialah.” ‘Dowh’ adalah perkataan yang diambil dari bahasa pasar Bahasa Inggeris, ‘Doh’, iaitu satu ungkapan keluhan untuk menguatkan penggunaan ayat. Jika di dalam Bahasa Melayu, mungkin kita boleh guna ‘lah’.

Jika diteliti, sebenarnya tidak membazir masa pun untuk menulis ayat penuh bagi ‘aku’. Hanya tiga huruf. Ini termasuklah ayat-ayat lain juga seperti ‘tidak’ atau ‘tak’ yang diringkaskan menjadi ‘x’. Bagi saya jika hanya menulis pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit sesama kawan sendiri, ianya tidak ketara. Tetapi jika anda menulisnya dengan tujuan supaya semua orang membacanya, anda perlu fikirkan sekali lagi. Ianya amat tidak sesuai dan juga secara tidak langsung menunjukkan keperibadian anda sebagai seorang yang kelam kabut, cincai, pemalas dan mungkin juga dicap sebagai tidak tahu mengeja.

Disini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil berat yang saya kira perlu ditekankan kepada semua termasuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun:

1. Eja dengan betul. Contoh ejaan betul: Orang. Ejaan salah: Owang, owunk. Ini juga harus diterapkan untuk semua perkataan lain, bukan hanya perkataan ‘orang’. Orang adalah satu contoh yang saya gunakan disini.

2. Gunakan singkatan rasmi untuk perbualan bertulis dan elakkan penambahan huruf lain dihujung perkataan. Contoh singkatan bagi ‘sahaja’ ialah saja. Contoh singkatan yang salah adalah ‘jeww’.

3. Gunakan huruf besar di permulaan ayat dan juga nama khas. Contoh yang betul: Nama saya ialah Emila. Contoh yang salah: nama saya ialah emila.



P/S:Bahasa Jiwa Bangsa^^
Wassalam,
M.B.B.